KUALA LUMPUR – RTM telah memperkukuh infrastuktur keselamatan digital pelbagai lapisan bagi melindungi hak siaran eksklusif dan pelaburan industri kreatif negara.
Pemantauan serta penambahbaikan teknikal turut dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan kestabilan platform dan pengalaman tontonan yang optimum, katanya dalam kenyataan.
“Sebagai pemegang hak siaran Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia, RTM komited memastikan perkhidmatan ini dapat dinikmati dengan lancar oleh penonton tempatan serta mematuhi syarat pelesenan dan hak penyiaran yang ditetapkan,” kata RTM dalam kenyataan yang sama.
Pihaknya mengambil maklum mengenai laporan berkaitan akses siaran Piala Dunia FIFA 2026 melalui penggunaan aplikasi Rangkaian Persendirian Maya (VPN) dari luar negara menerusi RTMKLIK.
RTM menghargai keprihatinan serta kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklum balas yang membantu meningkatkan mutu perkhidmatan penyiaran negara. – MalaysiaGazette















