Antara yang ditahan untuk pemeriksaan dalam Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor bersama Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) yang menyasarkan pemandu warga asing di sekitar Puchong kelmarin. Gambar: Facebook JPJ Selangor.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 34 kenderaan disita dalam Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor bersama Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) yang menyasarkan pemandu warga asing di sekitar Puchong, kelmarin.

Operasi itu melibatkan seramai 36 pegawai JPJ dan 30 pegawai MBSJ dengan fokus penguatkuasaan terhadap pematuhan undang-undang jalan raya dalam kalangan pemandu warga asing.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati, beberapa kesalahan utama dilakukan, antaranya tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL), Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.

JPJ Selangor dalam kenyataan berkata, semua kenderaan yang disita telah dibawa ke JPJ Shah Alam untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

JPJ Selangor berkata, pihaknya sentiasa memberi perhatian terhadap aduan yang diterima dan menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan semua kenderaan mematuhi peraturan serta undang-undang jalan raya yang ditetapkan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin membuat aduan berkaitan kesalahan lalu lintas boleh menyalurkannya melalui e-mel [[email protected]](mailto:[email protected]) atau platform aplikasi e-Aduan dengan menyertakan maklumat pengadu serta butiran aduan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast