Allahyarham Asisten Komisioner ACP Jasmin Hussin

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner ACP Jasmin Hussin, 53, dilaporkan meninggal dunia pada pukul 2.04 pagi tadi di Hospital Tawau.

Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan menerusi hantaran rasmi Polis Daerah Tawau di Facebook pagi ini.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandangkan jasa dan sumbangannya sepanjang berkhidmat dalam pasukan keselamatan negara.

Dalam kenyataan itu, PDRM menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang pegawai polis berdedikasi dan banyak menabur bakti sepanjang perkhidmatannya.

“Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin, 53, kembali ke rahmatullah pada jam 2.04 pagi tadi di Hospital Tawau.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” menurut hantaran tersebut.

Setakat ini, punca kematian serta maklumat lanjut mengenai urusan pengebumian Allahyarham belum dikongsikan kepada umum. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast