Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – RTM mengambil maklum mengenai laporan berkaitan akses siaran Piala Dunia FIFA 2026 melalui penggunaan aplikasi Rangkaian Persendirian Maya (VPN) dari luar negara menerusi RTMKlik.

Sehubungan itu, katanya, RTM telah memperkukuh infrastuktur keselamatan digital pelbagai lapisan bagi melindungi hak siaran eksklusif dan pelaburan industri kreatif negara.

“Pemantauan serta penambahbaikan teknikal turut dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan kestabilan platform dan pengalaman tontonan yang optimum,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sebagai pemegang hak siaran Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia, RTM komited memastikan perkhidmatan ini dapat dinikmati dengan lancar oleh penonton tempatan serta mematuhi syarat pelesenan dan hak penyiaran yang ditetapkan.

RTM menghargai keprihatinan serta kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklum balas yang membantu meningkatkan mutu perkhidmatan penyiaran negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast