Tunku Mahkota Ismail terima mengadap delegasi Universiti Harvard di Johor Bahru hari ini

JOHOR BAHRU – Universiti Harvard akan bekerjasama dengan Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) untuk Program for Scientifically-Inspired Leadership (PSIL) bermula Januari tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata, kerjasama itu bakal melibatkan 100 pelajar terpilih dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Utara dan SMK Seri Kota Puteri 2 di sini.

“Program ini memberi penekanan kepada pembelajaran aktif, pemikiran kritis, komunikasi berkesan dan pembangunan kepimpinan.

“Manfaat program ini turut diperluaskan kepada 40 guru SRBJ melalui bengkel pedagogi pembelajaran aktif bagi memperkukuhkan lagi kaedah pengajaran yang lebih interaktif, kreatif dan berkesan dalam memastikan suasana pembelajaran terbaik kepada anak-anak Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terima mengadap delegasi Universiti Harvard diketuai Penolong Pengarah, Pengajian Prasiswazah, Pensyarah Biologi Molekul dan Sel, Dr Dominic Mao serta Penolong Dekan Kolej Harvard, Pensyarah Antropologi, Dr Andrea Wright.

Aznan berkata, pertemuan itu membuktikan komitmen dan pandangan jauh Tuanku Mahkota Ismail dalam memperkukuhkan ekosistem pendidikan negeri menerusi jaringan strategik bersama institusi bertaraf antarabangsa.

Jelasnya, ini sekali gus membuka peluang kepada anak-anak Johor mendapat pendedahan kepada budaya pembelajaran global.

Kerajaan Johor katanya, komited untuk terus memperkasa dan meningkatkan kualiti pendidikan negeri selaras.

Tambahnya, langkah itu selari dengan aspirasi Tuanku Mahkota Ismail bagi melahirkan generasi Bangsa Johor yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mempunyai keyakinan, kemahiran kepimpinan dan daya saing di peringkat global.- MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast