Keadaan di lokasi kejadian di mana seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah sekolah di Sendayan pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) memulakan siasatan dalaman bagi meneliti insiden seorang pelajar perempuan tingkatan empat yang dilaporkan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah sekolah menengah di Sendayan, di Negeri Sembilan.

JPNS dalam kenyataan berkata, siasatan yang dilakukan melibatkan setiap perkara yang berkaitan dengan kejadian berkenaan.

“Keutamaan JPNS ketika ini adalah untuk memastikan bantuan terbaik dapat disalurkan kepada keluarga mangsa,” menurut kenyataan itu.

JPNS berkata, pohaknya turut menyediakan sokongan psikososial kepada warga sekolah yang terkesan susulan insiden terbabit.

Terdahulu, media melaporkan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian yang berlaku pukul 10 pagi tadi.

Insiden berkenaan menggemparkan warga sekolah dan penduduk sekitar apabila orang ramai dilihat berkumpul di kawasan sekolah sejurus selepas kejadian berlaku.

Bagaimanapun, punca sebenar insiden itu masih belum dapat dipastikan dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast