UTM

JOHOR BAHRU – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) disenaraikan pada kedudukan ke-158 dunia dalam QS World University Rankings 2027, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan 10 peratus universiti terbaik dunia.

UTM dalam satu kenyataan memberitahu, sepanjang 14 tahun yang lalu, UTM melonjak sebanyak 200 anak tangga dalam QS World University Rankings, daripada kedudukan ke-358 pada 2013 kepada ke-158 pada 2027.

“Pencapaian ini mencerminkan kemajuan berterusan universiti serta pengiktirafan yang semakin meningkat terhadap UTM sebagai sebuah universiti penyelidikan bertaraf global dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan seni bina.

“QS World University Rankings 2027 menilai 8,808 institusi di seluruh dunia dengan hanya 1,504 institusi berjaya tersenarai dalam ranking yang diterbitkan, sekali gus menggambarkan tahap persaingan yang amat tinggi dalam landskap pendidikan tinggi global.

“UTM terus mencatat prestasi kukuh dalam indikator yang menjadi penanda utama reputasi universiti di peringkat antarabangsa, termasuk Reputasi Akademik (Academic Reputation), Pelajar Antarabangsa (International Students), Nisbah Pensyarah-Pelajar (Faculty Student Ratio), Sitasi per Fakulti (Citations per Faculty) dan Kelestarian (Sustainability),” menurut kenyataan itu.

Tambahnya, UTM turut merekodkan peningkatan ketara dalam beberapa indikator utama antaranya Indikator Pensyarah Antarabangsa (International Faculty) yang meningkat sebanyak 35 anak tangga.

Katanya, peningkatan terbesar antara semua indikator QS itu mencerminkan keupayaan UTM yang semakin kukuh dalam menarik bakat akademik antarabangsa Innovating Sustainable Solutions serta memperkayakan kepelbagaian, perspektif global dan kualiti ekosistem pengajaran serta penyelidikannya.

Ujarnya, indikator Sitasi per Fakulti (Citations per Faculty) pula meningkat sebanyak 10 anak tangga, mencerminkan impak global penyelidikan UTM yang semakin berkembang.

Tambahnya, UTM juga berada pada kedudukan ketiga terbaik di Malaysia bagi indikator itu sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai sebuah universiti penyelidikan terkemuka negara.

Sementara itu, indikator Pelajar Antarabangsa (International Students) meningkat sebanyak lapan anak tangga, mencerminkan daya tarikan UTM yang semakin kukuh sebagai destinasi pendidikan global.

Dengan lebih 5,700 pelajar antarabangsa dari lebih 80 negara, UTM terus membina komuniti akademik yang pelbagai dan berhubung di peringkat antarabangsa, sekali gus memperkayakan pengalaman pembelajaran, penyelidikan dan interaksi silang budaya.

Dalam kalangan 32 institusi Malaysia yang tersenarai dalam QS World University Rankings 2027, UTM berada di kedudukan ketiga terbaik negara bagi indikator Rangkaian Penyelidikan Antarabangsa (International Research Network).

Mengulas mengenai pencapaian tersebut, Naib Canselor UTM, Prof Ts Dr Mohd Shafry Mohd Rahim berkata, peningkatan sebanyak 200 anak tangga sepanjang 14 tahun yang lalu serta kedudukan dalam kalangan 10 peratus universiti terbaik dunia merupakan bukti dedikasi, kesungguhan dan kecemerlangan seluruh warga UTM.

“Pencapaian ini mencerminkan reputasi global, impak penyelidikan dan penglibatan antarabangsa UTM yang semakin kukuh.

“UTM komited untuk memajukan ilmu pengetahuan serta menterjemahkan hasil penyelidikan kepada penyelesaian lestari yang mampu menangani cabaran dunia sebenar,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast