KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokrasi Malaysia (MUDA) mengesahkan meletakkan calon di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11 Julai depan.
Perkara itu diumumkan Presidennya, Amira Aisya Abdul Aziz dimana kerusi-kerusi itu adalah DUN Puteri Wangsa, Bukit Batu, Maharani dan DUN Simpang Jeram.
Kerusi DUN Bukit Batu akan ditandingi Premanand, 53, dan bagi kerusi Maharani, MUDA mempertaruhkan pegawai kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Amir Jack sementara kerusi Simpang Jeram akan diletakkan Setiausaha Agung MUDA, Ainie Haziqah Shafii.
Semalam, MUDA mengumumkan Ketua Pegawai Pusat Khidmat DUN Puteri Wangsa, Rashifa Aljunied, 26, sebagai calon bagi kerusi Puteri Wangsa, pada PRN Johor.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, MUDA bertanding di tujuh kerusi DUN iaitu Tenan, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa, Bukit Permai dan Larkin.
Daripada tujuh kerusi yang ditandingi, MUDA hanya memenangi satu kerusi, iaitu DUN Puteri Wangsa menerusi Amira.
Dalam pada itu, Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan hanya meletakkan satu calon di PRN Johor namun tidak memperincikan kerusi tersebut.
Untuk rekod, Muda dan PSM telah sepakat membentuk kerjasama politik baharu yang dinamakan ‘Blok Progresif’. – MalaysiaGazette
















