KUALA LUMPUR – Mesyuarat tergempar Perikatan Nasional (PN) malam ini tidak membincangkan mengenai status Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), demikian menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden Bersatu itu turut menekankan bahawa perbincangan malam ini hanya melibatkan isu keahlian parti baharu.
“Tidak bincang (status Bersatu), bawa isu keahlian (parti baharu),” katanya ringkas sebelum meninggalkan ibu pejabat Pas, malam ini.
Muhyiddin meninggalkan ibu pejabat Pas kira-kira jam 11.30 malam dengan ditemani Naib Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Terdahulu, media mengemukakan soalan sama ada Bersatu kekal dalam PN atau bertindak keluar daripada gabungan tersebut, sebagai antara hasil perbincangan mesyuarat tergempar malam ini.
Sambil berseloroh Muhyiddin berkata: “Bersatu kekal dan abadi sampai bila-bila”.
Berita lanjut menyusul…- MalaysiaGazette
















