Logo Kementerian Kesihatan

KUANTAN – Sebanyak 12 ‘bayi Merdeka’ dilahirkan di hospital seluruh Pahang bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 hari ini.

Kesemua kelahiran itu direkodkan antara 12 tengah malam hingga 9 pagi membabitkan enam bayi lelaki dan enam bayi perempuan.

“Daripada jumlah berkenaan, lima bayi dilahirkan secara normal manakala tujuh lagi menerusi kaedah pembedahan. 10 bayi merupakan berketurunan Melayu, seorang Orang Asal dan seorang lagi bukan warganegara Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kesemua bayi dilaporkan berada dalam keadaan sihat bersama ibu masing-masing.

“Bayi Merdeka’ pertama Pahang bagi tahun ini dilahirkan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh tepatnya pada 12.12 pagi.

Bayi lelaki seberat 3.68 kilogram (kg) itu merupakan cahaya mata kepada pasangan yang masing-masing bekerja sebagai Penyelia Asrama Sekolah Menengah Agama dan mekanik.

Sementara itu, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan mencatatkan jumlah kelahiran tertinggi dengan enam bayi.

Ia diikuti HoSHAS dan Hospital Kuala Lipis, masing-masing merekodkan dua kelahiran, manakala Hospital Pekan dan Hospital Raub masing-masing mencatatkan satu kelahiran.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang merakamkan ucapan tahniah kepada semua ibu bapa yang menerima cahaya mata baharu pada tarikh bersejarah berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here