Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu ketika melakukan lawatan pada Majlis Peluncuran Laman Padi sempena MAHA 2026 di MAEPS, Serdang. Foto SADIQ SANI, 31 OGOS 2026.

SERDANG – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) merekodkan jualan hampir RM6 juta selepas tiga hari penganjurannya, dengan jumlah pengunjung mencecah 1.8 juta orang.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jumlah berkenaan menunjukkan perkembangan positif dengan sasaran keseluruhan jualan MAHA ditetapkan sekurang-kurangnya RM58 juta.

Beliau berkata, jumlah kenderaan yang keluar masuk ke kawasan MAHA pula mencecah 184,000 sepanjang tempoh berkenaan.

“Ini bermakna heavy traffic di kawasan MAHA ini dengan 184,000 kenderaan. Dibahagi dengan tiga hari itu, jualan menghampiri RM6 juta.

“Sasaran kita sekurang-kurangnya RM58 juta,” katanya ketika ditemui pemberita ketika Majlis Peluncuran Laman Padi dan Pengiktirafan The Malaysia Book of Records sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini.

Mohamad juga berkata, antara barangan yang mendapat sambutan pengunjung termasuk benih dan tumbuhan.

“Corak perbelanjaan pengunjung menunjukkan mereka bukan sekadar datang untuk melihat pameran, malah turut melakukan pembelian,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, persembahan bunga api dan pertunjukan dron sempena ambang Merdeka turut mendapat sambutan menggalakkan.

“Pertunjukan dron berkenaan berlangsung dari kira-kira 11.40 malam hingga tengah malam tadi boleh dianggap sebagai bertaraf antarabangsa,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here