Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan calon-calon PH yang akan bertanding pada PRN Johor ke-16 pada Majlis Pegumuman Calon Pakatan Harapan PRN Johor ke-16 di Padang Bukit Gambir Extreme Park, Tangkak, Johor. Foto SADIQ SANI, 22 JUN 2026.

TANGKAK – Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dipilih sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri DUN Puteri Wangsa yang merupakan antara kerusi panas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Selain itu, Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat yang juga Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor dicalonkan di kerusi DUN Larkin.

Turut membuat kejutan ialah Naib Pengerusi Amanah Johor, Dr Zuhan Zain yang akan merebut kerusi DUN Mahkota yang sebelum ini menjadi kubu kuat UMNO.

Selain itu, dua bekas Exco Kerajaan Negeri Johor era Pakatan Harapan (PH) iaitu Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah) dan Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar) kembali mewakili kerusi masing-masing yang ditandingi sebelum ini.

Muka baharu pula ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad (Kempas) dan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Mohd Fakharuddin Moslim (Pasir Raja).

Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar pula kali ini mencuba nasib di kerusi DUN Senggarang sementara Noraziah Mohd Razit (Buloh Kasap); Ng Kor Sim (Jementah); Jalex Lee En Xiang (Pemanis) dan Mohd Afif Abd Hamid (Kemelah).

Turut mempertaruhkan nasib Elia Nadira Sabudin (Tenang); Tay Yok Jiuen (Bekok); C Subramani (Bukit Kepong); Muhd Najib Lep (Bukit Pasir); Mohd Nor Mohd Yusof (Gambir) dan Ee Chin Li (Tangkak).

Ini termasuk Ahmad Nazari Abd Hamid (Serom); Ng Yak Howe (Bentayan); Nazri Abd Rahman (Simpang Jeram); Md Ysahrudin Kusni (Bukit Naning); Muhammad Taqiuddin (Maharani) dan Ayna Soraya Badaruddin (Sungai Balang).

Hishamuddin (Sri Medan); Yong Hui Yi (Yong Peng); Ramli Abd Hamid (Semarang); Md Ezam Md Taslim (Parit Yaani); Shazwan Dzainal Abidin (Parit Raja); Felicia Poh Rui Ling (Penggaram); Mohamad Yazid Bakri (Rengit) dan Nor Hafiz Roslan (Machap).

Sementara itu, Guna Balakrishnan (Layang Layang); Chu Poh Yee (Mengkibol); Dr Ruben Arumungum (Paloh); Mohd Sabri Abd Kadir (Kahang); Saiful Nizam Samad (Endau); Md Yusof Dawam (Tenggaroh).

Turut dicalonkan Ahmad Daniel Sharudin (Panti) dan Amirul Husni Onn (Sedili).

Danish Hossman Abd Rahman (Johor Lama); Mohd Sawaludin Salleh (Penawar); Faizul Abdul Ghani (Tanjung Surat); Nor Zulaila Abd Ghani (Tiram); Lee Wern Yiing (Johor Jaya) dan Teo Siew Hui (Permas).

Cheng Kah Eng (Stulang); Alan Tee Boon Tsong (Perling); Kartiyaini Jeyapalan (Skudai); Mohamad Shafwan Ani (Bukit Permai); Chiong Sen Sern (Bukit Batu).

Wong Bor Yang (Senai); Abd Razak Ismail (Benut); Haniff@Ghazali Hosman (Pulai Sebatang); Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) dan Cheah Chee Hong (Kukup).

Semua calon berkenaan diumumkan oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis Pengumuan Calon Pakatan Harapan di Padang Gambir di sini malam ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast