Farhan Fauzi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUANTAN – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Pahang, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang yang baharu hari ini.

Sementara itu, Pengerusi DAP Pahang yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Lee Chin Chen dan ADUN lantikan daripada Amanah, Mohd Fadzli Mohd Ramly pula dilantik timbalan pengerusi.

Gambar : Pakatan Harapan Pahang

Sekretariat PH Pahang memaklumkan perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Agung Tahunan PH Negeri Pahang bagi Tahun 2025 yang berlangsung, di sini hari ini.

“Pelantikan kepimpinan baharu ini diyakini akan memperkukuh struktur organisasi PH Pahang dalam memastikan gerak kerja parti di semua peringkat dapat dilaksanakan secara lebih teratur, berfokus dan berpaksikan kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, mesyuarat berkenaan turut menetapkan beberapa agenda sebagai persediaan membantu jentera pilihan raya negeri bagi Johor dan Negeri Sembilan, seterusnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kelak.

Katanya, semua parti komponen PH negeri Pahang akan digerakkan sepenuhnya bagi menyusun jentera dan melaksanakan aktiviti di semua kawasan demi memastikan kesiapsiagaan yang optimum dalam menghadapi PRU-16. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast