Pasangan pelakon popular, Fattah Amin dan Amira Othman.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Fattah Amin berkongsi berita gembira apabila isterinya yang juga penyanyi, Amira Othman telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki, petang semalam.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Fattah turut mendedahkan nama putera sulungnya itu Muhammad Jarir Umar.

“Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah. Alhamdulillah isteri saya Nadia Amira binti Othman selamat melahirkan baby kami jam 6.20 petang semalam,” tulisnya.

Menerusi hantaran yang sama, Fattah turut memuat naik gambar anaknya, namun memilih untuk tidak mendedahkan wajah bayi tersebut.

Dalam pada itu, Fattah turut menzahirkan penghargaan kepada mereka yang sering mendoakan kesejahteraan mereka sepanjang tempoh kehamilan.

“Terima kasih pada yang mendoakan. Semoga Jarir menjadi anak yang soleh penyejuk hati Mommy dan Daddy,” ujarnya.

Untuk info, Fattah dan Amira telah mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast