ARKIB AFP

NEW YORK – Serangan bom api oleh Israel dalam tempoh semalaman menyebabkan banyak keluarga kehilangan tempat tinggal di Gaza , selain kawasan Garisan Kuning yang semakin luas menghalang keluarga daripada pulang ke rumah mereka, kata anggota kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu, lapor Xinhua.

Orang ramai kehilangan tempat tinggal semalaman di kawasan Beit Lahia di kawasan gabenor Gaza Utara, kata Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA).

Sekitar tengah malam, kira-kira 30 isi rumah dilaporkan melarikan diri apabila kereta kebal mara ke arah Persimpangan Al Atatra di Beit Lahia.

Dilaporkan, sebuah dron quadcopter menjatuhkan amunisi pembakar yang menyebabkan tiga khemah terbakar, kata OCHA.

Walaupun kebanyakan keluarga boleh pulang selepas tentera berundur, enam isi rumah tidak dapat pulang kerana blok simen kuning dipasang berhampiran tempat kediaman mereka.

Meletakkan blok sedemikian menandakan perluasan ke kawasan berpenduduk yang dipanggil Garisan Kuning, di mana kekerasan yang membawa maut sering digunakan, kata pejabat itu.

“Rakan kongsi kemanusiaan membantu keluarga yang baharu kehilangan tempat tinggal atau kehilangan harta benda,” kata OCHA.

— BERNAMA-XINHUA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast