Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi mengumumkan keluar parti berkuat kuasa, hari ini.

Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mendakwa campur tangan istana dalam keputusan UMNO Johor pada pilihan

Alasan utama saya keluar UMNO ialah, UMNO Johor tidak lagi bebas membuat keputusan. UMNO Johor dikawal oleh Istana dalam membuat sesuatu keputusan.

“Satu bukti jelas ialah YAB Dato Onn Hafiz sendiri buat pengakuan kepada saya semasa pertemuan di Saujana pada 21 Jun 2026 (ahad). Dia maklum kepada saya bahawa pihak Istana yang titah kepada beliau agar DUN Johor dibubar pada 1 Jun 2026.

“Banyak lagi contoh contoh lain Onn Hafiz hanya pak turut. Itu menjadikan UMNO Johor boneka yang terikat. Saya perlu melakukan “keberanian politik” mendedahkan kemungkaran ini sebelum menjadi parah.

“Saya sedar saya akan dikecam dan dihina. Mungkin juga keselamatan saya terancam. Tetapi berbekalkan “keberanian politik”, saya bersedia bertempur dalam apa jua keadaan,”

”Saya tidak mahu UMNO dipimpin oleh “Pengecut Politik” sehingga menyebabkan calon BN diketawakan sebagai kitar semula, tiada aspirasi orang muda dan “mediocre”,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambah penyandang kerusi DUN Rengit itu, keputusan untuk meninggalkan UMNO juga akan memudahkan beliau untuk berbeza pandangan serta mengkritikik parti itu tanpa dituduh menikam dari belakang.

Tegasnya, keputusan itu dibuat bukan untuk kepentingan diri sebaliknya demi UMNO yang disayangi.

”Ada yang akan menuduh saya keluar UMNO kerana kepentingan diri. Buat apa saya keluar ketika UMNO dilihat kuat sehingga mahu berlawan solo di 56 kerusi. Saya tinggalkan UMNO disaat KJ, Hishamuddin, Noh Omar kembali masuk UMNO bila melihat parti tambah kuat. Maka siapa yang ada kepentingan. Mereka atau saya?” ujarnya lagi.

Beberapa hari lalu, Mohd Puad mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Rengit kerana faktor usia.

Katanya, orang muda terlatih dan berpendidikan mesti diberi peluang untuk menjadi calon BN pada Pilihan Raya Negeri Johor, 11 Julai ini.

Kemudian semalam, beliau secara terbuka mengkritik senarai calon BN beberapa jam sebelum pengumuman dibuat Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang juga Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

PRN: Seperti ada yang tak kena dengan senarai calon UMNO Johor – Puad

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast