LAYANG-LAYANG – Kemenangan Pakatan Harapan (PH) di DUN N27 Layang-Layang sebagai amat penting dalam usaha memperkukuh kedudukan parti serta memastikan agenda pembangunan setempat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Calon PH, PH, Guna Balakrishnan berkata, kemenangan itu membolehkan beliau menangani isu-isu tempatan yang membelenggu penduduk, khususnya berkaitan ekonomi dan kemudahan asas.

Oleh itu, beliau menyeru pengundi agar memberi peluang kepada PH untuk mentadbir kawasan tersebut.

“Sudah ada rungutan mengenai kawasan di sini, jadi dengan memberi kemenangan kepada saya, masalah ini akan dapat diselesaikan segera.

“Saya harap pengundi bersedia berubah dan memberi kemenangan pada PH. The game is on,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Guna menambah, kehadiran barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari pelbagai negeri menjadi ‘tonik berharga’ buat PH bagi menghadapi saingan PRN Johor.

Solidariti luar biasa pimpinan PKR Perak itu menyaksikan kehadiran Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak yang juga ADUN Tualang Sekah, Mohd Azlan Helmi Helmi; Exco Perak yang juga ADUN Teja, Sandrea Ng Shy Ching serta ADUN Hutan Melintang, S. Vasanthi.

Kehadiran mereka bersama Naib Presiden PKR, Datuk Seri R Ramanan.

“Saya gembira dengan sokongan yang saya terima, bukan hanya penyokong dan pengundi di sini, malah kepimpinan PH yang lain,” ujarnya.

Guna Balakrishnan bakal bersaing dengan penyandang terdahulu, Abd Mutalip Abd Rahim yang kini mewakili Perikatan Nasional (PN-Bersatu) dan calon BN, Chua Jian Boon.

Kawasan separa luar bandar yang terletak di bawah Parlimen P.151 Simpang Renggam ini merekodkan jumlah keseluruhan 25,181 pengundi berdaftar, mengikut data wartaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat Mei 2026.

Komposisi dinamik pemilih di DUN ini merangkumi 55 peratus pengundi Melayu, 30 peratus Cina, 13 peratus India dan selebihnya adalah lain-lain kaum, meletakkan sokongan rentas etnik sebagai kunci utama kemenangan bagi mana-mana calon. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast