KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan kemalangan elektrik yang melibatkan seorang wanita awam di sebuah pepasangan elektrik di Taman Tema Air, Sungai Petani, Kedah bukan aset milik atau di bawah seliaan pihaknya.
TNB dalam kenyataan menegaskan, pepasangan elektrik seperti papan suis utama dan kabel elektrik adalah berbahaya serta tidak boleh disentuh atau diceroboh oleh mana-mana pihak.
Orang awam diingatkan supaya menjauhi kawasan pepasangan elektrik dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa atau hubungi TNB melalui saluran rasmi. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Wanita Cuba Curi Kabel TNB, Melecur Kena Renjatan Elektrik #MGFlash
















