Chin Tong (dua daripada kanan)  dan Arthur Chiong (dua kiri) bertemu orang ramai semasa berkempen di Batu 21, Jalan Ayer Hitam di sini hari ini.

KULAI – Barisan Nasional (BN) kini didakwa mula goyang dengan perkembangan politik terkini di Johor sekali gus menyukarkannya untuk mendapat lebih 40 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong berkata, pihaknya sedang menunggu apa lagi akan berlaku selepas ini yang dilihat boleh menggugat gabungan tersebut.

“Pada 1 Jun lalu (semasa Dewan Undangan Negeri dibubarkan) pada masa itu BN yakin boleh menang 45 hingga 48 kerusi. Sekarang sudah goyang kerana (jangkaan menang PRN Johor) kurang daripada 40 kerusi.

“Kita tunggu apa lagi akan berlaku selepas ini,” katanya kepada ketika membantu calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern berkempen di Batu 21, Jalan Ayer Hitam di sini hari ini.

Calon BN bagi DUN Larkin, Mohd Hairi Md Shah hari ini dilaporkan tidak mengetahui mengenai dakwaan kepimpinan BN Johor kononnya sudah mengadakan mesyuarat tergempar susulan ramalan hanya mampu memenangi sekitar 30 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Penyandang kerusi DUN Larkin itu mendakwa tidak dimaklumkan mengenai perkara berkenaan dan percaya hanya pucuk kepimpinan tertinggi parti mengetahui mengenainya.

Dakwaan mengenai mesyuarat itu tercetus susulan spekulasi BN sedang menilai semula strategi kempen selepas kajian dalaman didakwa menunjukkan gabungan itu hanya berpotensi memenangi sekitar 30 kerusi DUN.

Mengulas lanjut, Chin Tong yang digugurkan daripada kerusi DUN Perling pada PRN Johor kali ini mahu semua pengundi keluar menunaikan tanggungjawab pada 11 Julai ini.

Tambahnya, ia menjadi hak semua pihak untuk mengundi dan menentukan masa depan negeri ini . – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

BN mesyuarat tergempar bincang ramalan hanya menang 30 kerusi? Saya tak tahu – Hairi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Membongak la DAP, diaorg yg tengah goyang sekarang sebab asyik menipu dab membodohoan rakyat. Percaya DAP/PH sama la mcm lembu yang berotak tapi tak berakal.

Comments are closed.