Konsert Revolusi Radja 25 Tahun yang dijadualkan berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil di sini ditunda ke 19 September depan.

KUALA LUMPUR – Konsert Revolusi Radja 25 Tahun yang dijadualkan berlangsung pada 11 Julai ini di Stadium Hoki Bukit Jalil di sini ditunda ke 19 September depan.

Penganjurnya, Dhyah Production dan Infinity Love Creative Ventures memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor semasa.

“Ini termasuk lambakan acara hiburan dan konsert berskala besar yang dijadualkan berlangsung dalam tempoh sama, selain situasi Pilihan Raya Negeri yang turut berlangsung ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut penganjur, penundaan itu bagi memastikan perjalanan konsert lebih teratur serta tidak menjejaskan keselesaan penonton dari segi pergerakan lalu lintas dan kemudahan letak kenderaan.

Konsert Revolusi Radja 25 Tahun bakal menyajikan persembahan istimewa dengan himpunan lagu-lagu popular yang dekat di hati peminat Malaysia dan Indonesia sepanjang lebih dua dekad perjalanan muzik Radja.

Konsert bakal turut menampilkan beberapa artis undangan istimewa sekali gus menjanjikan malam penuh bersejarah dan lebih eksklusif buat para peminat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast