Satu mayat dalam bagasi ditemui di sebuah rumah di Taman Impian Indah, Kajang.

KUALA LUMPUR – Satu mayat perempuan ditemui di dalam bagasi di sebuah rumah di Taman Impian, Kajang, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisiten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 8.37 malam.

“Susulan itu, kita telah menghantar sepasukan polis dan Pasukan Forensik Pasukan Forensik hadir ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan mendapati satu mayat wanita dijumpai di dalam bagasi di ruang tamu sebuah rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, tiada pengenalan diri pada mangsa dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti identitinya.

“Kes akan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintenden Nur Ayuni Aziz di talian 016-2080717 atau talian NG MERS 999 bagi membantu siasatan,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast