Hong Myung-bo. Foto 101 Great Goals.

MEXICO – Hong Myung-bo mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua jurulatih Korea Selatan selepas negara itu tersingkir di peringkat kumpulan dalam kempen Piala Dunia 2026.

Pengumuman Hong itu dibuat apabila pasukan kendaliannya sekadar menamatkan saingan Kumpulan A di kedudukan ketiga dengan tiga mata selepas melakar satu kemenangan dan dua kali tewas.

“Saya ingin memohon maaf kepada rakyat yang mencintai bola sepak Korea dan sentiasa menyokong pasukan kebangsaan.

“Hari ini saya meletakkan jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan Korea Selatan, membuat keputusan ini bukan mudaH buat saya,” katanya di kem Latihan pusat di Guadalajara di sini.

Hong dilantik sebagai jurulatih pada Julai 2024 sebagai pengganti jangka masa panjang untuk mengemudi negara itu dalam penampilan di pentas Piala Dunia ke-11 berturut-turut.

Korea bermula dengan melakar kemenangan 2-1 ke atas Republik Czech namun tewas kepada Mexico dan Afrika Selatan sekali gus gagal mara ke pusingan seterusnya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast