JAKARTA – Pengasas Gojek yang juga bekas Menteri Pendidikan Indonesia, Nadiem Makarim hari ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah atas pertuduhan rasuah.
Mahkamah Daerah Jakarta Tengah mengenakan hukuman penjara lebih pendek kepada 10 tahub berbanding 18 tahun yang diminta pihak pendakwaan.
Nadiem Makarim, 41, yang bertegas mengatakan beliau tidak bersalah, mendakwa pertuduhan yang dikenakan terhadapnya bermotifkan politik.
Dakwaan beliau turut disokong oleh ahli akademi dan aktivis hak manusia.
Beliau dituduh melakukan rasuah berkaitan perolehan komputer riba Chromebook untuk sekolah-sekolah ketika pandemik Covid-19.
Pemerhati mendapati keputusan mahkamah itu berkemungkinan meningkatkan lagi kebimbangan pelabur mengenai cara Indonesia yang juga ekonomi terbesar Asia Tenggara membezakan antara amalan rasuah dengan pertikaian keputusan dasar dan perniagaan. -AGENSI
















