Fuziah mengadakan lawatan kerja ke kilang SDS Food Manufacturing Sdn Bhd di Jalan Kempas Lama, Kempas hari ini.

JOHOR BAHRU – Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Fuziah Salleh mengucapkan ‘selamat maju jaya’ kepada bekas Naib Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor, M Murugan dan 200 ahli parti yang keluar PKR Ahad lalu.

Fuziah juga berharap mereka yang meninggalkan PKR akan dapat jawatan dalam MIC iaitu parti yang baru disertainya.

“Saya peliklah. Kalau saya baca dia punya kenyataan antaranya kerana mereka kecewa tidak dapat jawatan. So, I wish them all the best. Harap-harap dapatlah jawatan besar-besar kat sana,” katanya.

“Saya pelik dengan tindakan Murugan dan penyokongnya itu yang dipercayai kecewa kerana tidak mendapat jawatan,” katanya.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu berkata demikan dalam ketika sidang akhbar selepas lawatan kerja ke Kilang SDS Food Manufacturing Sdn Bhd di Skudai di sini, hari ini.

Sebelum ini, Murugan dilaporkan berkata, keputusan itu diambil selepas kecewa dengan kepimpinan terkini PKR negeri dan Pusat yang bersikap sambil lewa berhubung aduan dibuat pihaknya sejak sekian lama.

Murugan yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Rony turut dilaporkan berkata, sebenarnya seramai 350 ahli PKR Cabang Kota Iskandar keluar parti terdiri daripada India, Melayu dan Cina.

Katanya, ada antara mereka yang menyertai UMNO, MCA, Parti Bersama Malaysia (Bersama) dan ada juga yang berhenti terus daripada aktif politik.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Alaaa PKR pun apa kurangnya…tu Tengku Zafrul apa cerita? Harap dapat lah jd Menteri balik…tp so Fuziah ni ada lagi yer? Bukan kau dah kena radiasi Lynas kaaa? Ker kau ni mmg kaki fitnah tegar?

Comments are closed.