Abbas Araghchi. foto Anadolu Agency

TEHRAN – Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi memberi amaran sebarang ancaman terhadap rakyat dan kepimpinan negara itu akan dibalas dengan tindakan segera dan tegas.

Dalam hantaran di platform X, Araghchi berkata, syarat yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Islamabad adalah jelas untuk difahami semua pihak.

Beliau turut mendakwa Presiden Amerika Syarikat (AS) telah memberi komitmen untuk mengawal tindakan sekutunya di Tel Aviv.

“Jika mereka mengingkari arahan pihak yang menyokong mereka, Iran akan memberi pengajaran kepada mereka.

“Sebarang ancaman terhadap rakyat dan kepimpinan kami akan menerima tindak balas yang segera dan kuat,” katanya sebagai mengulas kenyataan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz.

Pada hari Isnin, Katz dilaporkan membuat kenyataan keras dengan mendakwa Israel telah meletakkan Pemimpin Tertinggi Iran dalam senarai sasaran negara itu.

Iran menyifatkan kenyataan tersebut sebagai ancaman yang mencerminkan sifat agresif rejim Zionis. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast