KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta di hadapan sebuah restoran di Jalan Kemunting, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam sekitar jam 9.55 pagi.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa berusia 49 tahun ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta di hadapan restoran terbabit.

“Bagaimanapun, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat yang dijalankan jam 2 petang tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu katanya, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan satu mayat dipercayai sudah kembung ditemui di dalam sebuah kereta Perodua Bezza warna hitam di Jalan Kemunting di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast