Bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam Honda HRV melibatkan nahas tiga kenderaan berhampiran Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Kuchai, Jalan Kuchai Lama di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas tersepit dalam nahas tiga kenderaan berhampiran Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Kuchai, Jalan Kuchai Lama di sini hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui NG999 pukul 6.53 petang.

Susulan itu seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh bersama jentera digerakkan ke lokasi untuk tindakan lanjut.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Umar Farook Saadon memaklumkan, insiden membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) iaitu Honda HR-V, Proton X50 dan Perodua Ativa.

“Kenderaan Honda HR-V membabitkan tiga mangsa iaitu seorang lelaki yang juga pemandu tersepit dan mengalami patah kaki kanan serta dua wanita mengalami kecederaan ringan.

“Manakala Proton X50 melibatkan dua mangsa, iaitu seorang wanita (penumpang) mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kaki, seorang mangsa lelaki (pemandu) tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nahas tiga kenderaan
berhampiran Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Kuchai, Jalan Kuchai Lama,hari ini.

 

Tambahnya, pemandu Perodua Ativa iaitu seorang lelaki juga tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit pukul 7.30 malam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast