Lee Zii Jia

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia melangkah ke separuh akhir Terbuka Kanada selepas menewaskan pemain Taiwan, Wang Po-wei 21-15, 21-13 dalam aksi suku akhir di Markham Pan Am Centre pada Jumaat.

Kemenangan yang dicatat dalam tempoh 34 minit itu menyaksikan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu membuat penampilan separuh akhir pertamanya musim ini.

Pemain ranking ke-60 dunia berkenaan sebelum ini tidak pernah mara ke peringkat separuh akhir mana-mana kejohanan sejak temasya Olimpik Paris 2024.

Menanti Zii Jia pada separuh akhir ialah wakil Jepun, Riki Takei, yang mara dalam satu lagi aksi suku akhir.

Pertemuan itu adalah yang kedua buat kedua-dua pemain selepas menyaksikan Zii Jia menewaskan Takei pada aksi kelayakan Terbuka Australia di Sydney bulan lepas.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast