Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Mohd Akmarizal Radzi.

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar yang menikam rakannya dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Banting dekat sini akan dibawa ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Mohd Akmarizal Radzi berkata, suspek akan dibawa bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan Tatacara Jenayah.

“Suspek akan dibawa untuk permohonan reman bagi siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya secara ringkas dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun cedera selepas ditikam di bahagian badan dan bahu dalam kejadian terbabit.

Difahamkan, suspek yang juga berusia 15 tahun dilaporkan tidak hadir ke sekolah sejak beberapa bulan berikutan sedang menjalani rawatan kesihatan.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, suspek yang terlibat telah ditahan dan mangsa yang sedang menerima rawatan di hospital  dalam keadaan stabil.

Beliau juga menasihati orang ramai supaya jangan panik dan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung perkara itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast