Mohd Zamzuri Mohd Isa.

KUALA LUMPUR  – Seorang pemandu BMW direman tujuh hari selepas terlibat kes langgar lari penunggang motosikal hingga maut di Jalan Tun Razak dekat Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL), Asisten Komisioner, Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, suspek lelaki berusia 30 tahun itu direman bermula hari ini sehingga 12 Julai depan.

“Permohonan reman dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi jam 11 pagi tadi dan pihak  Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan siasatan  dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu media melaporkan, seorang lelaki berusia 29 tahun maut selepas motosikal ditunggang dilanggar lari dari belakang oleh sebuah kereta di Jalan Tun Razak berhampiran HKL,semalam.

Mohd Zamzuri dilaporkan, dalam kejadian sekitar jam 6.40 pagi menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.

Beliau berkata, pemandu terbabit telah hadir secara sukarela di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur sekitar jam 6.30 petang semalam sebelum ditahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysGazette

Pemandu BMW terlibat kes langgar lari di Jalan Tun Razak ditahan polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast