Toh (kiri) menzahirkan sokongan kepada Md Yashahrudin sambil berharap beliau terus mendampingi penduduk selepas PRN Johor.

MUAR – Seorang pengundi warga emas menzahirkan sokongan terbuka kepada calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning, Md Yashahrudin Kusni sambil berharap beliau terus mendampingi penduduk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Toh, 74, yakin untuk memberikan undi kepada Md Yashahrudin, namun mengingatkan agar wakil rakyat yang dipilih tidak melupakan tanggungjawab terhadap penduduk selepas memperoleh mandat.

“Wa (saya) memang undi sama you. Sebulan sekali pun mesti datang tengok penduduk tapi jangan diam-diam duduk kampung, JB (Johor Bahru) dan KL (Kuala Lumpur).

“Dapat undi, mesti jaga sini kampung. Muar, Bakri, Bukit Naning semua mau jaga,” katanya ketika didekati calon berkenaan mengadakan kempen dari rumah ke rumah di Bukit Bakri hari ini.

Menurut Toh, beliau berharap wakil rakyat yang dipilih sentiasa mudah didekati, kerap turun padang dan memberi perhatian kepada keperluan penduduk sepanjang tempoh perkhidmatan.

Tambahnya, dia sentiasa ikut perkembangan politik dan berharap wakil rakyat yang dipilih akan terus mendampingi masyarakat sepanjang tempoh berkhidmat, bukan hanya ketika musim kempen.

Md Yashahrudin meluangkan masa menyantuni penduduk, mendengar pandangan serta aduan mereka dalam siri kempen dari rumah ke rumah di Bukit Bakri ketika kempen berbaki lima hari lagi sebelum hari mengundi Sabtu ini.

Sementara itu, Md Yashahrudin meluangkan masa menyantuni penduduk, mendengar pandangan serta aduan mereka dalam siri kempen dari rumah ke rumah di kawasan berkenaan ketika kempen berbaki lima hari lagi sebelum hari mengundi Sabtu ini.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning itu yang pernah memenanginya kerusi berkenaan pada 2018 namun berdepan saingan lima penjuru PRN kali ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor bersaing dengan Mohd Ghazali Sabari (BN), Mohd Radzi Amin (Perikatan Nasional), Iskandar Md Alias (Parti Bersama Rakyat) dan seorang calon bebas, S. Jeganathan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.