KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$132.6 bilion pada 30 Jun 2026.
Bank Pusat itu berkata, paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette
















