Onn Hafiz dalam program Perjumpaan Masyarakat Daerah Kulai di tanah lapang Taman Manis, Kelapa Sawit di Kulai hari ini.

 

KULAI – Datuk Onn Hafiz Ghazi mendakwa beliau menjadi sasaran pelbagai serangan peribadi sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, termasuk dilabel sebagai sombong dan “budak”, bagi mengalihkan perhatian daripada kegagalan pihak lawan menunaikan janji pilihan raya.da pilihan raya lalu.

Menteri Besar Johor itu berkata, serangan tersebut dilakukan kerana terdapat pihak yang cuba menutup kelemahan mereka selepas gagal memenuhi pelbagai janji yang dibuat kepada rakyat.

“Mereka (Pakatan Harapan) berjanji apabila menang, harga minyak akan turun. Sudah turun? Belum. Mereka janji tol percuma, sudah percuma? Belum. Apa lagi, dia janjikan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) tak perlu bayar. Sudah settle ke belum? Belum.

“Dia kata hapuskan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) harga barang akan turun. Dah turun ke belum? Belum. Harga barang naik. Dia perkenalkan SST (Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan).

“Kalau marah pun pada 11 Julai (hari undi PRN Johor) kita ajar mereka. Ini satu pengkhianatan kepada pengundi di Johor. Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu hakikatnya,” ujar beliau.

Beliau berkata demikan ketika berucap dalam program Perjumpaan Masyarakat Daerah Kulai di tanah lapang Taman Manis, Kelapa Sawit di sini hari ini.

Turut hadir calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor; calon DUN Senai, Kiki Tai dan calon DUN Bukit Batu, R Kumaran.

Onn Hafiz yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, pengundi Johor sama ada Melayu, Cina, India dan orang asli tidak rela ditipu lagi.

Beliau mahu rakyat yang marah dengan dasar-dasar Persekutuan supaya meluah dan memberi ‘pengajaran’ kepada Kerajaan Pusat pada hari pengundian Sabtu ini.

“PRN Johor tidak dapat mengubah Kerajaan Persekutuan tapi kita ada peluang menghantar mesej kepada mereka (melalui PRN Johor) bahawa kita tidak bersetuju dengan dasar-dasar di sana yang menyusahkan rakyat,” ujarnya.

Beliau mahu BN mampu membuat kejutan Sabtu ini dengan mengekalkan kemenangan di DUN Bukit Permai serta merampas DUN Senai dan DUN Bukit Batu yang kalah tipis hanya majoriti 137 undi.

Justeru dalam katanya, dalam masa tiga hari berbaki kempen sebelum hari pengundian mahu ahli dan jentera BN akan terus berkempen dari rumah ke rumah dan santuni 100,000 pengundi walaupun usaha itu bukan senang dalam masa singkat

Pada masa sama Menteri Besar Johor mendakwa, kempen pengimbang dalam PRN Johor lebih suka menghasut dan menjanjikan bulan serta bintang.

Sementara itu, dalam sidang akhbar selepas itu, beliau berkata, ini adalah peluang untuk Bangsa Johor menghantar mesej menolak pihak yang hanya menabur janji manis pada pilihan raya lalu.

Beliau berkata, melihat suasana kempen di daerah ini BN percaya mampu untuk menang di kerusi DUN Bukit Batu dan DUN Senai.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast