Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bercakap ketika ditemubual pada majlis pertemuan bersama mahasiswa USM di Pavilion Residences, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 29 JULAI 2025

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor mengecam tindakan Nga Kor Ming yang didakwa menggunakan wajah serta imej beliau dalam bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu menyifatkan Timbalan Pengerusi Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu menyebarkan propoaganda murahan dan perbuatan tersebut memalukan kerana Kor Ming adalah seorang Menteri Persekutuan.

“Sepatutnya seorang menteri menunjukkan contoh politik matang, bukan menyebarkan bahan fitnah dan manipulasi seperti budak pejabat parti yang terdesak mengejar undi,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Rosmah dipercayai merujuk kepada satu bahan kempen yang memaparkan wajahnya bersama mesej ditujukan kepada pengundi luar sempena PRN Johor.

Rosmah menegaskan, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti dalam gambar tersebut.

“Ini pembohongan jelas, berniat jahat dan dibuat untuk mengelirukan pengundi,” tegas beliau.

Lantaran itu, Rosmah mahu Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengambil tindakan terhadap Kor Ming.

Tegas beliau, jika rakyat biasa boleh dikenakan tindakan kerana menyebarkan kandungan palsu, adakah seorang Menteri DAP kebal hanya kerana dia berada dalam kerajaan.

Rosmah berkata, beliau sama sekali tidak akan berdiam diri.

“Politik boleh berlawan. Tetapi jangan jadi pengecut sampai perlu guna gambar orang lain dan cipta fitnah murahan untuk menipu rakyat,” tegas beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast