Ahmad Zahid Hamidi ketika berdialog dalam program Apa Khabar Siswa? di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), di Pasir Gudang hari ini. - Ihsan Facebook Politeknik Ibrahim Sultan

PASIR GUDANG – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berjaya mentransformasikan negeri ini sepanjang lebih empat tahun menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, itu merupakan pencapaian Onn Hafiz termasuk berjaya menarik pelaburan luar negara.

“Dalam tempoh kira-kira empat tahun tiga bulan pentadbiran Onn Hafiz, Johor berjaya menarik pelaburan berjumlah RM276 bilion, termasuk RM110 bilion yang direkodkan tahun lalu, sekali gus mencerminkan keyakinan tinggi pelabur terhadap Johor.

“Apabila pelaburan masuk, perniagaan dan sektor industri berkembang. Apabila industri berkembang, ia memerlukan tenaga kerja. Sebab itu Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) adalah masa depan anak-anak Johor supaya mereka boleh bekerja dan menetap di negeri sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Program Apa Khabar Siswa? di Johor di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Menurut beliau, pencapaian itu bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya hasil perancangan yang tersusun serta kepimpinan yang mempunyai visi jelas.

“Masa depan Johor sangat cerah kerana semua ini tidak jatuh dari langit. Ia dirancang dengan teliti. Sebab itu jangan salah pilih. Pilihlah pemimpin yang merancang untuk masa depan rakyat,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast