KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang warganegara Malaysia
bagi sebutan kali kelima rayuan kes di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak pada Isnin, 13 Julai 2026.
Megat Khairul Anuar Sulaiman, 40, yang dituduh di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 telah gagal dihubungi walaupun usaha mengesannya telah dibuat di dua alamat terakhirnya iaitu di Batu 221⁄2, Jalan Bagan Datoh, 36200 Selekoh, Perak dan Lot 841, Kampung Bunut Payong, 15150 Kota Bharu, Kelantan.
Individu dikehendaki ini telah gagal hadir di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi empat sebutan rayuan kes pada Januari, April, Mei dan Jun lalu serta waran tangkap terhadapnya telah dikeluarkan pada 8 Jun 2026, kata SPRM dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, PPs Hadijah binti Mohamad Shapiee di talian 011-37863375 atau talian 05-526 000 (Pejabat SPRM Perak),atau emel kepada [email protected]. – MalaysiaGazette















