KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) Johor yang memenangi pilihan raya negeri.

“Semoga terus berjaya,” tulisnya ringkas menerusi hantaran di Facebook.

Secara berseloroh, beliau turut bertanya siapalah yang membuat meme pada poster memaparkan senyuman pada wajahnya  dan menzahirkan ucapan tahniah kepada BN yang menang besar.

Poster itu mencatatkan ‘Kemenangan Rakyat! Terima Kasih Pengundi Johor. Kamu Semua Luar Biasa’.

Tiga hari lalu, beliau yang juga isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengecam tindakan Nga Kor Ming yang didakwa menggunakan wajah serta imej beliau dalam bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau menyifatkan Timbalan Pengerusi Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu menyebarkan propoaganda murahan dan perbuatan tersebut memalukan kerana Kor Ming adalah seorang Menteri Persekutuan.

“Sepatutnya seorang menteri menunjukkan contoh politik matang, bukan menyebarkan bahan fitnah dan manipulasi seperti budak pejabat parti yang terdesak mengejar undi,” kata beliau dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette

Rosmah kecam Kor Ming guna wajahnya untuk bahan kempen PRN Johor

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast