Muhammad Akmal Saleh.

KUALA LUMPUR -Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh berkongsi surat peletakan jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan sumber rujukan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Dengan nada sinis, ADUN Merlimau itu berkata, pemimpin DAP berkenaan boleh meniru surat tersebut dan hanya perlu mengubah nama, tarikh dan tempat mengikut kesesuaian.

“Saya sertakan surat perletakan jawatan saya sebagai exco kerajaan negeri Melaka yang bertarikh 19/01/2026 kepada TYT negeri Melaka untuk menjadi sumber rujukan kepada kamu bagi menulis surat perletakan jawatan sebagai menteri

“Kamu boleh ubah nama,tarikh dan tempat mengikut kesesuaian

“Ayat-ayat yang lain kamu boleh tiru 100%

“Kalau surat pon kamu tidak berani tulis dan hantar,jangan sembang lah,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial, malam ini.

Dr Akmal turut memuat naik surat peletakan jawatan tersebut dalam hantaran berkenaan.

Terdahulu, Kor Ming dalam satu hantaran di media sosial hari ini menjelaskan, kenyataan beliau untuk meletakkan jawatan hanya akan dilakukan sekiranya Datuk Seri Najib Razak dilepaskan tanpa perlu menjalani hukuman setimpal dengan kesalahan walaupun sudah didapati bersalah.

Katanya, pihak yang mendesak beliau meletakkan jawatan selepas kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Johor semalam, perlu merujuk kepada kenyataan penuhnya semasa wawancara eksklusif bersama Oriental Daily.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2026/07/12/kor-ming-maksudkan-jika-najib-lepas-dia-letak-jawatan/

Untuk rekod, pada Januari tahun ini, Dr Akmal mengumumkan peletakan jawatan sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka ketika Perhimpunan Agung Pemuda UMNO atas dasar tanggungjawab, prinsip dan maruah serta demi kepentingan parti, selaras suara akar umbi yang menuntut UMNO tidak lagi bekerjasama dengan DAP.

Peletakan jawatan itu turut disifatkan langkah berprinsip yang mencerminkan komitmen kepimpinan Pemuda UMNO untuk meletakkan kepentingan parti dan prinsip perjuangan mengatasi kedudukan atau jawatan.

Bagaimanapun pada April, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan beliau menolak surat peletakan jawatan Dr Akmal bagi memastikan kesinambungan pentadbiran kerajaan negeri terus berjalan lancar.

Tegasnya, keputusan untuk menerima atau menolak peletakan jawatan Exco kerajaan negeri adalah hak beliau sebagai Ketua Menteri Melaka. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Dr Akmal kekal Exco Melaka, peletakan jawatan ditolak – Ab Rauf

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast