File picture. Natural rubber faces climate risk; synthetic rubber faces fossil fuel phase-out.

KUALA LUMPUR – Eksport getah asli Malaysia berjumlah 28,741 tan metrik pada Mei 2026, menurun 23.1 peratus berbanding April 2026 (37,360 tan metrik), kata Jabatan Perangkaan.

Namun, pengeluaran getah asli meningkat 9.1 peratus pada Mei 2026 (20,198 tan metrik) berbanding pada April 2026 (18,515 tan metrik).

Katanya, perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli menurun 16.7 peritus (Mei 2025: 24,256 tan metrik).

Pengeluaran getah asli Malaysia pada Mei 2026 disumbangkan terutamanya oleh pekebun kecil (89.4%) berbanding estet (10.6%).

Jumlah stok getah asli pada Mei 2026 menurun 6.2 peratus kepada 122,658 tan metrik berbanding 130,698 tan metrik pada April 2026.

Kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 77.8 peratus diikuti kilang pengguna getah (22.0%) dan estet getah (0.2%).

Menurutnya, China kekal sebagai destinasi utama untuk eksport getah asli iaitu menyumbang 42.7 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada Mei 2026 diikuti Jerman (14.6%), Amerika Syarikat (11.2%), Turkiye (4.3%) dan India (3.8%).

Dari segi harga purata bulanan menunjukkan lateks pekat merekodkan 763.16 sen sekilogram pada Mei 2026 berbanding 754.69 sen sekilogram pada April 2026 (+1.1 peratus).

Manakala sekerap merekodkan harga purata bulanan 747.78 sen sekilogram pada Mei 2026 berbanding 691.26 sen sekilogram pada April 2026 (+8.2 peratus). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast