KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki warga Bangladesh untuk hadir sebagai saksi pendakwaan dalam prosiding perbicaraan membabitkan pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang sedang berlangsung di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada bulan Julai, Ogos dan September 2026.
Fardin Mahi, saksi pertama pendakwaan telah gagal dihubungi walaupun usaha mengesannya telah dibuat di alamat terakhirnya iaitu No 6, Level 16,Block A, Menara City One , Jalan Munshi Abdullah , 50100, Kuala Lumpur.
Seorang lagi saksi pendakwaan Md Sumon Hossain juga gagal dikesan di alamat terakhirnya iaitu Residensi Pandanmas , Blok B-20-05, Lorong Delapan, Kampung Pandan , 55100 Kuala Lumpur.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua individu ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Ps Mohd Hafifi Bin Rahmat di talian 018-6632034 atau talian 03-92065000 (Pejabat SPRM Kuala Lumpur), atau emel kepada [email protected]. – MalaysiaGazette
















