Kedudukan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari yang kekal berada di blok kerajaan ketika hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini mencetuskan tanda tanya selepas DAP semalam mengumumkan pakatan itu keluar daripada blok kerajaan.

MELAKA – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari masih duduk di blok kerajaan hari ini meskipun DAP mengumumkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) menarik sokongan daripada kerajaan negeri, semalam.

Tindakan Naib Presiden dalam Parti Amanah Negara (Amanah) pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka itu menimbulkan persoalan pelbagai persoalan.

Pemerhatian Malaysia Gazette di dalam dewan mendapati Adly yang juga ADUN Bukit Katil duduk di bahagian paling hujung barisan blok kerajaan dan satu kerusi di sebelah beliau dibiarkan kosong sekali gus memisahkan tempatnya dengan tempat duduk empat ADUN DAP.

Kedudukan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari yang kekal berada di blok kerajaan ketika hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini mencetuskan tanda tanya selepas DAP semalam mengumumkan pakatan itu keluar daripada blok kerajaan.

Semalam, Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mengumumkan semua wakil rakyat PH, iaitu empat ADUN DAP dan seorang ADUN Amanah menarik diri daripada pentadbiran kerajaan negeri.

Lima ADUN berkenaan adalah Allex Seah Shoo Chin (PH-Kesidang), Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana), Leng Chau Yen (PH-Banda Hilir), Kerk Chee Yee (PH-Ayer Keroh) dan Adly Zahari (PH-Bukit Katil).

Tindakan itu susulan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan Negeri bagi membolehkan pelantikan ADUN lantikan yang mendapat 23 sokongan.

Bagaimanapun, Adly tidak hadir semasa sidang media khas tersebut, namun Poay Tiong mengesahkan Ahli Parlimen Alor Gajah yang juga Timbalan Menteri Pertahanan itu senada dengan mereka. -MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast