Agensi Penguatkuasaan Maritim Pulau Pinang sedang menjalankan operasi CARILAMAT mangsa.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke laut ketika memancing di tiang nombor lima Jambatan Pulau Pinang arah pulau menghala Perai di sini, hari ini.

Difahamkan, mangsa berusia 39 tahun yang menetap di Bukit Mertajam dikatakan sedang memancing bersama beberapa rakannya sebelum dipercayai terjatuh ke laut.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dikatakan menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 6.38 pagi sebelum menggerakkan bot Perkasa 1220 ke lokasi.

Mangsa dikatakan sedang memancing di tiang nombor lima bersama rakan sebelum dipercayai terjatuh ke laut sebelum dihanyutkan arus.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) diaktifkan pada jam 7.30 pagi bagi mengesan mangsa.

Sementara itu, Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli ketika dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast