Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan mengalami masalah jantung dan dijadual menjalani satu prosedur berkaitan minggu depan.

Perkembangan terkini itu dimaklumkan sumber kepada MalaysiaGazette.

“Bekas Perdana Menteri itu kini berada dalam keadaan agak tidak sihat,” katanya.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan rasmi berhubung perkata tersebut sama ada dari Jabatan Penjara Malaysia mahupun ahli keluarga.

Najib, 73, kini menjalani hukuman penjara selepas disabitkan dalam kes SRC International.

Pada Februari 2024, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara bekas perdana menteri itu daripada 12 tahun kepada enam tahun. Turut dikurangkan jumlah denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Pada April lalu Najib telah menarik balik permohonan untuk tahanan rumah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.