Antara laluan yang ditutup

KUALA LUMPUR – Jalan Raja di hadapan Dataran Merdeka akan ditutup sepenuhnya selama hampir seminggu bermula 12 tengah hari pada 21 Julai hingga 5 pagi, 27 Julai ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja persiapan, operasi dan pembongkaran Citrawarna 2026.

Tourism Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, penutupan itu turut melibatkan raptai pada 24 Julai dari 9 malam hingga 2 pagi serta Citra Perarakan (Colours of Parade) pada 25 Julai dari 6 petang hingga 11 malam.

Menurut kenyataan hari ini, sepanjang tempoh berkenaan, laluan perarakan akan ditutup sepenuhnya dari Bulatan Dato’ Onn ke Jalan Parlimen sehingga ke Jalan Raja Laut, Jalan Esfahan, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak, termasuk susur masuk Jalan Kinabalu ke Jalan Sultan Hishamuddin.

Notis penutupan jalan

Pengunjung yang ingin menghadiri festival itu juga digalakkan menggunakan pengangkutan awam bagi memudahkan perjalanan ke Dataran Merdeka.

Bagi menggalakkan penggunaan e-hailing, Grab akan menawarkan baucar promosi bernilai RM3 kepada 1,000 pengguna terawal setiap hari dari 24 hingga 26 Julai, menjadikan keseluruhan 3,000 baucar bernilai RM9,000 sepanjang tiga hari penganjuran festival.

Citrawarna 2026 akan berlangsung di Dataran Merdeka dari 24 hingga 26 Julai sempena Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026), menampilkan kepelbagaian seni, budaya, warisan dan gastronomi negara. –

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal, mematuhi papan tanda lalu lintas dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast