Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Setiap parti masih tetap mengekalkan ideologi, pendirian serta peranan semak dan imbang masing-masing meskipun Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjalin kerjasama strategik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, kali ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong menjelaskan, persefahaman kawasan pilihan raya secara strategik di antara BN dan PN adalah bagi mengelakkan pertembungan pelbagai penjuru yang boleh menyebabkan kekacauan politik dan perpecahan undi.

“Saya menekankan bahawa persefahaman ini adalah pengaturan strategik pilihan raya.

“Setiap parti tetap mengekalkan ideologi, pendirian, serta peranan semak dan imbang masing-masing.

“Bagi MCA, kami akan memastikan masyarakat Cina, masyarakat majmuk, pendidikan vernakular, dan kebebasan beragama mempunyai wakil dan suara di dalam kerajaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Tambah beliau, rakyat tidak perlukan perbalahan politik yang tidak berkesudahan, sebaliknya mahukan kerajaan yang benar-benar komited untuk menyelesaikan isu-isu yang mempengaruhi kehidupan seharian mereka.

“Ini termasuk menambah baik bekalan air, menaik taraf infrastruktur jalan raya, mengatasi masalah banjir, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, menyokong perniagaan dan mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya lagi.

Sebelum ini timbul isu berkaitan seorang pemimpin muda dalam MCA yang seolah-olah mempertikaikan kerjasama di antara BN dan PN.

Namun perkara itu telah diselesaikan oleh kempimpinan parti ini dan berharap kelangsungan persefahaman antaran BN dn PN akan memperoleh kemenangan di Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan ke-16 ini. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast