Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai mencuri wang persembahan serta rantai leher yang dipakaikan pada patung sembahyang di sebuah kuil di Jalan Tanjong Tualang, di Batu Gajah.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pengurusan Kuil Dewi Sri Maha Kaliamman pada jam 2.52 petang, Sabtu.
















