KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta membantu mengesan seorang remaja dikenali sebagai Qaseh Adriyana Zainal Abidin dilaporkan hilang di Batu 14, Hulu Langat, Selangor sejak jam 6.30 pagi, 17 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abd Yusof berkata, laporan kehilangan remaja berusia 13 tahun itu dibuat oleh ibu Qaseh Adriyana kira-kira jam 7.09 petang hari sama.
Qaseh Adriyana memiliki ketinggian kira-kira 150 sentimeter dan berat iaitu 48 kilogram.
Dia juga berambut panjang dan mempunyai warga kulit sawo matang, katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, lokasi terakhir remaja itu dilihat adalah di Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan remaja terbabit diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-8911422 atau pegawai penyiasat, Inspektor Nursyaza Farhah Samhairi di talian 017-691 9817. – MalaysiaGazette
















