Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan tiada sebarang bahan letupan atau objek mecurigakan susulan ancaman bom yang diterima di sebuah hospital swasta di Jalan Lebuh Puteri, Puchong hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan mengenai ancaman itu sekitar jam 2.54 petang tadi.

Menurutnya, pemeriksaan dijalankan oleh Pemusnah Bom bersama Pasukan Anjing Pengesan (K9) di bahagian dalam serta luar bangunan hospital.

“Hasil pemeriksaan mendapati, tiada sebarang bahan letupan atau objek mencurigakan ditemui di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor turut berada di lokasi bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Muhamad Farid menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di talian 03-8074 2222 atau di mana-mana balai polis
berhampiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast