Dennis Lim.

BALIK PULAU – Polis menahan lelaki yang dipercayai cuba menyerang seorang anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya di sini, kerana tidak puas hati motosikal milik isterinya disita.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata, suspek yang ditahan pasa Sabtu lalu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya dirakam.

“Ya suspek ditahan namun dibebaskan selepas kita selesai rakam keterangannya,” katanya ringkas.

MalaysiaGazette difahamman, kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 pagi, Jumaat lalu apabila suspek hadir ke kaunter pertanyaan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Barat Daya di Bayan Lepas, bagi menuntut sebuah motosikal milik isterinya yang disita selepas ditunggangi anak mereka.

Difahamkan, isterinya yang juga pemilik motosikal kemudian dibawa ke bilik penyiasatan bagi diberikan penerangan mengenai prosedur tuntutan motosikal.

Selepas penerangan selesai, suspek berusia 40 tahun itu meninggikan suara kerana tidak berpuas hati dengan prosedur berkenaan sebelum cuba menyerang anggota polis berpangkat koperal itu.

Difahamkan, suspek turut mencabar dan memberi amaran kepada mangsa berusia 35 tahun itu supaya berhati-hati, selain mendakwa masih tidak berpuas hati dengannya sebelum beredar dari lokasi.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast