Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas melibatkan kereta dan Smart Selangor di Teluk Merbau Sungai Pelek, Sepang, petang tadi. Foto JBPM Selangor

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan maut selepas tersepit dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan bas Smart Selangor di Teluk Merbau Sungai Pelek, Sepang, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Asrul Riezal Asbar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 4.20 petang tadi.

Pasukan yang tiba mendapati terdapat seorang lelaki berusia 20-an tersepit dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa segera dilakukan pihak anggota.

“Namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi dan lelaki terbabit berjaya dibawa keluar oleh anggota pada jam 7.15 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas melibatkan kereta dan Smart Selangor di Teluk Merbau Sungai Pelek, Sepang, petang tadi. Foto JBPM Selangor

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada  pihak polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast